Announcement

********************************************************************
No h/p saya telah bertukar kepada 012-3198059. Harap maklum
********************************************************************

Daftarkan diri anda sebagai my follower dan anda layak untuk mendapat 10% potongan harga tempahan.

Apa tunggu lagi?? Cepat-cepatlah membuat tempahan. Hubungi saya di talian 012-3198059 atau emailkan kepada ainunnisa[at]yahoo.com.

-Nisa-

Saturday, December 19, 2009

Crumble Rumble - Kak An

Baju Kak An yang ini saya buatkan crumble design. owner design ini adalah Kak Umi Pepari Dsign. tq Kak Umi kerana share design akak dengan all the beaders out there. baju ini susah betol saya nak siapkan dek kerana tiada dateline yang ditetapkan. next time, saya kene paksa customers tetapkan dateline. baru semangat sket nak siapkan hehe. oh bahagian tangan saya buatkan beriring manik biasa. nak buat design crumble jugak tak sesuai sebab kain chiffon yang sgt nipis. khuatir terlalu berat.

Friday, November 20, 2009

Retro Metro - Wife Dr. F

baju ini ditempah khas oleh Dr. F utk isteri. mula-mula dapat call dari Dr. F agak terkejut jugak. sebab selalu yang call bertanya pasal beads ni orang pompuan hehe. saya hanya diberi masa seminggu untuk siapkan baju ini. katanya perlu dibuat striking, menonjol sebab nak pakai untuk majlis perkahwinan di S’pore. saya ketandusan idea kalo dapat lengan keras ni. 2 hari jugak la memikirkan design ape yang menarik. tiba-tiba rasa nak buat macam half circle. hence the name retro metro hehe. ambil masa 4 malam untuk siapkan. menggunakan teknik sisik ikan.




hope Dr. F dan wife puas hati dengan hasil kerja saya. lenkali jangan la request seminggu due date ye. semput saya dibuatnya :)

Saturday, November 14, 2009

Taburan Bunga - Kak An

Kak An saya kira adalah customer pertama saya melalui website ni :) selalu orang-orang yang dikenali je yang membuat tempahan. tapi alhamdulillah, saya ditemukan dengan Kak An. Sweet orangnya. Mula-mula saya ingat sebaya saya je. sebab dengar suara merdu semacam je hehe. siap main panggil nama je. alih-alih pangkat kakak rupanya :) thanks kak an sebab percaya dengan saya!!


ada satu lagi baju Kak An dalam pembikinan :)
kak an, jgn serik dgn saya ye :)

Sunday, November 1, 2009

No. telefon baru saya

Assalamualaikum...
No. h/p saya telah bertukar kepada 012-3198059. Harap maklum :)

p/s: tengah bertungkus lumus menyiapkan project terbaru. nantikan update dalam masa terdekat ni :)

Monday, October 12, 2009

Make-over: Baju mak saya

mak saya minta tolong make-over baju yang dibeli di Sogo semasa sale Ramadhan.
ini adalah design sequin asal baju ini. di leher dan lengan. mak saya tak berkenan dengan sequin yang tak kemas. mintak saya design yang simple sahaja. so inilah hasilnya...

leher baju dibuang sequin. ditambah round beads keliling embroidery gold.

lengan baju dibuat design bunga lawang yang pernah dipopularkan oleh sifu saya KAK NORA

upcoming project: baju nikah (oh saya sgt teruja nak test skill kat baju nikah!!)

Thursday, October 1, 2009

Teknik Melakar Corak Sulaman

excited sbb buku yang saya order dah sampai arini ni. buku ape? buku ini ---->
picture source: FTIMDC

yeay yeay yeay!!! bila buka saje bungkusan terus senyum lebar. kakak kt ofis pon ckp cantik nye design2 dlm buku kali ini. warna pon memang menarik. ish, ni yang buat saya berkobar-kobar nak teruskan projek manik pada baju raya saya ni. yea...saya punye baru raya blom sempat ditatarias dengan manik :(

oh tgk design kak nora pon ade beberapa :) caya lah sifu saya nih!

kepada anda yang berminat untuk mendapatkan buku ini, sila la ke website mem besar manik kita iaitu Rosita Jaafar. saya strongly recommend semua beaders utk dapatkan buku terbaru ini. bukan shj menampilkan koleksi Busana peserta Pertandingan Sulaman Manik Kristal 2009, tetapi juga ada tutorial ttg warna dan cara melakar corak. harga semasa adalah RM44 tapi saya dapat dengan harga RM35.20 sbb beli sebelum 30/9 dapat potongan 20% dan shipping free. wee!!! :)

Blog Widget by LinkWithin